Friday, September 25, 2015

Islamophobia

Islamophobia berlaku disebabkan 'salah faham' manusia itu sendiri sama ada muslim atau non-muslim punca salah faham:-
  • media massa
- media massa membina tanggapan 'negatif' terhadap islam menerusi penciptaan
 istilah-istilah seperti 'terroris Islam' , 'militan Islam' , 'extremis Islam' atau 'Islam fundamentalis' .
- agama Islam juga sering dikaitkan dengan agama bagi orang-orang Arab , agama yang menekan dan mengeksploitasi wanita , agama yang anti kepada kemajuan dan agama yang menentang hak asasi manusia .


  • orang islam sendiri 

 - kita dapat lihat islamophobia datang dari manusia itu sendiri.Misalnya di  Malaysia  gejala buang bayi , mat rempit , bohsia & bohjan serta isu sumbang mahram paling ramai dalam kalangan oarng melayu.Lebih-lebih lagi apabila Malaysia dikenali sebagai negara islam.Tepuk dada tanya iman . Akhlak buruk dalam kalangan mereka inilah yang menyumbang kepada salah tanggapan kepada agama Islam .



                                     contoh gambar seorang mat rempit  



 Jenis-jenis islamophobia


  1. islam agama yang ganas
         - penyumbang utama kepada ISLAMOPHOBIA adalah isu keganasan . Hal ini disebabkan  berlakunya kejadian 11/9 iaitu kemusnahan World Trade Center . Sejak dari itu , apa sahaja kejadian ganas yang berlaku akan dikaitkan dengan agama Islam .
   

   2.  islam mundur
                         - islam dilabelkan sebagai sgama yang mundur.Hal ini dibuktikan apabila non-muslim melihat bahawa kebanyakan negara islam mundur.Oleh itu,agama islam dilabelkan sebagai agama yang mundur dan tidak praktikal
     
 3.      prejudis

            - mereka yang prejudis ini sentiasa mempertikaikan hukum Allah dan mengatakan agama islam yang mulia ini menyusahkan.contoh hukum yang paling diketengahkan dalam  ISLAM adalah hak poligami . Kebanyakan kaum wanita non-muslim beranggapan ISLAM menindas wanita kerana mereka tidak bersetuju ISLAM membenarkan kaum lelaki berkahwin empat dan mereka merasakan tidak adil bagi kaum wanita .
 


-   Selain itu , non-muslim juga mengatakan tuntutan puasa dalam Islam adalam penindasan bagi penganutnya , kerana puasa menyebabkan seseorang itu kurang bertenaga dan tidak mampu melalukan kerja dengan sebaiknya
-Isu rejam dalam kalangan masyarakat Islam yang sering dipaparkan di berita juga menjadi punca salah tanggapan ini . Wanita yang melakukan zina atau berkhalwat direjam sehingga mati merupakan penyumbang berlakunya ISLAMOPHOBIA .
No comments: 


Apa tu Islamophobia??
Definisi kamus bagi kosa “phobia” ialah “ketakutan atau kebencian yang keterlaluan: ketakutan tidak rasional atau amat kuat dan benci terhadap sesuatu”. 
Secara mudahnya berdasarkan definisi ini, Islamophobia ialah ketakutan tidak rasional atau amat kuat atau benci terhadap Islam.
 Namun, Islamophobia lebih dari sekadar makna ini dan ia turut menggabungkan kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip.


 Fenomena Islamophobia pada asasnya ialah kebencian berasaskan agama.
 Ia mempunyai dua aspek berbeza:  (1) dari sudut protagonis Islamophobia  (2) dari sudut mangsa Islamophobia
Istilah Islamophobia diperkenalkan pada 1996 oleh “Commission on British Muslims and Islamophobia”. Pada tahun berikutnya, “Commission” tersebut yang mengeluarkan “Runnymede Trust Report Islamophobia : a challenge for all of us” menginstitusikan kosa kata Islamophobia sebagai bererti “prejudis terhadap Islam”, walaupun kosa kata tersebut secara harfiahnya bererti “ketakutan tidak berasas terhadap Islam”. “Runnymede” turut mengenal pasti tujuh komponen yang mendefinisikan Islamophobia. Ianya seperti berikut:
• Islam dilihat sebagai blok monolitik, statik dan tidak berkembang;• Islam dilihat sebagai terpisah dan “orang lain”. Ia tidak nilai persamaan dengan budaya-budaya lain,      tidak mempengaruhi mereka dan tidak dipengaruhi mereka,• Islam dilihat sebagai lebih lemah berbanding Barat. Ia tidak bertamadun, tidak rasional, primitif dan       gila seks;• Islam dilihat sebagai ganas, agresif, mengancam, menyokong keganasan dan terlibat dalam                 pertembungan peradaban;• Kritikan muslim terhadap Barat ditolak mentah-mentah;• Permusuhan terhadap Islam digunakan untuk menghalalkan amalan diskriminasi terhadap Muslim       and mengasingkan Muslim daripada khalayak awam• Permusuhan anti muslim dilihat sebagai biasa dan normal